Selamat Datang ke ePermohonan JPNT

Sistem Permohonan Kelulusan Lawatan dan Program Sekolah Secara Online

Pemakluman

test

Tatacara Permohonan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan

1
Log Masuk

Log masuk menggunakan ID sekolah dan kata laluan yang diberikan oleh pihak jabatan.

2
Isi Borang

Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan pilih sektor yang berkaitan.

3
Muat Naik Dokumen

Muat naik surat permohonan, kertas kerja dan Lampiran A dalam format PDF.

4
Tunggu Kelulusan

Pantau status permohonan dan muat turun surat kelulusan setelah diluluskan.

Infografik

Maklumat visual berkaitan permohonan dan prosedur

Permohonan Lawatan
Permohonan Lawatan
Istilah penting
Istilah penting

Carta Alir Permohonan

Gambaran proses permohonan lawatan murid sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

TANGGUNG JAWAB
PROSES KERJA
Pemohon
Mula
Merancang aktiviti lawatan murid.
Pemohon
Kemukakan
Permohonan
Mengemukakan permohonan lengkap kepada Pelulus mengikut tempoh yang ditetapkan (21/30 hari sebelum lawatan).
Pelulus
Tidak Lulus
Semak &
Nilai
Menerima, menyemak, menilai dan meluluskan permohonan.
Pelulus
Maklum
Balas
Menyediakan maklum balas lulus/tidak lulus kepada pemohon.
Tamat
Tidak Lulus

Senarai Semak Permohonan

Pastikan perkara berikut dipatuhi sebelum penghantaran permohonan

Bil. Perkara / Kriteria Semakan Tindakan
1.
1. Permohonan kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan pada hari persekolahan
Permohonan kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan pada hari persekolahan
2.
2. Tempoh permohonan
Tempoh kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan daripada tarikh 21 hari bagi dalam daerah: i) 30 hari bagi luar daerah / luar negeri ii) 60 hari bagi luar negara
3.
3. Ada Surat Iringan (Cover Letter) Permohonan
Ada Surat Iringan (Cover Letter) Permohonan kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan
4.
4. Borang Lampiran A lengkap
5.
4.1 Maklumat murid dan guru pengiring disahkan oleh Ketua Jabatan
Maklumat murid dan guru pengiring disahkan oleh Ketua Jabatan
6.
4.2 Jadual perjalanan jelas dan terperinci
Jadual perjalanan jelas dan terperinci
7.
4.3 Perjalanan bermula pukul 6.00 pagi - 11.59 mlm (jika menggunakan kenderaan jabatan)
Perjalanan bermula pukul 6.00 pagi - 11.59 mlm (jika menggunakan kenderaan jabatan)
8.
4.4 Sumber Kewangan yang dibenarkan
Sumber Kewangan yang dibenarkan
9.
5. Kertas kerja kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan lengkap
Kertas kerja kem/perkhemahan/pertandingan/lawatan lengkap
10.
6. Lain-lain (Jika Ada)
Lain-lain (Jika Ada)
Perhatian kepada Pemohon

Senarai semak ini adalah untuk rujukan awal sekolah. Pastikan semua dokumen fizikal dan digital telah disahkan sebelum diupload ke dalam sistem.

Dokumen Diperlukan

Sediakan dokumen berikut sebelum membuat permohonan

Surat Permohonan

Surat rasmi dari sekolah yang mengandungi butiran program dan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar.

Kertas Kerja Program

Kertas kerja lengkap mengandungi objektif, aktiviti, jadual, anggaran kos dan lain-lain.

Lampiran A

Borang senarai pelajar dan guru pengiring yang menyertai program.

Dokumen Rujukan

Muat turun dokumen dan surat pekeliling berkaitan sebagai rujukan

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 9 Tahun 2023: Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2023

Dokumen ini merupakan Garis Panduan Lawatan Murid rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2023. Ia menetapkan tatacara permohonan, pelaksanaan, dan pematuhan keselamatan bagi semua aktiviti lawatan sekolah dari peringkat prasekolah hingga lepasan menengah. Sumber ini menjelaskan peranan Ketua Rombongan, pengiring, dan ibu bapa serta menetapkan tempoh permohonan antara 21 hingga 60 hari mengikut destinasi. Selain aspek pengurusan, garis panduan ini menekankan kepentingan kebajikan murid dan pengisian pendidikan yang menyokong kurikulum melalui pelaporan selepas lawatan. Dokumen turut menyertakan borang rasmi dan nisbah pengiring bagi memastikan setiap perjalanan terancang, selamat, dan mendapat kelulusan pihak berkuasa pendidikan.

Muat Turun (950.50 KB)
Panduan Lawatan Murid Sekolah 2023

Panduan secara ringkas. Rujukan Utama adalah SPI 2023

Muat Turun (8.79 MB)

Kesalahan Biasa

Elakkan kesilapan berikut semasa membuat permohonan

Surat tidak ditandatangani atau tidak berkop rasmi

Pastikan surat permohonan mempunyai cop rasmi sekolah dan tandatangan Pengetua/Guru Besar.

Kertas kerja tidak lengkap

Kertas kerja mesti mengandungi semua maklumat penting termasuk objektif, anggaran kos dan jadual aktiviti.

Permohonan dibuat terlalu lewat

Mohon sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh program untuk memudahkan proses semakan.

Salah pilih sektor

Pastikan anda memilih sektor yang betul mengikut jenis program yang dirancang.

Format fail tidak sesuai

Dokumen mesti dalam format PDF dan saiz tidak melebihi 10MB setiap fail.

Maklumat Hubungi

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

Alamat

Kampung Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu
20604 Kuala Terengganu
Terengganu

Telefon

09-621 3000

Faks: 09-622 7207

Bersedia untuk membuat permohonan?

Log masuk sekarang untuk memulakan permohonan anda

Log Masuk Sekarang